Alhamdulillah..
Alhamdulillah.. Alhamdulillah..
berlalu
sudah 12 minggu di penggal kedua tahun ini. di saat ini, ana yakin, rata-rata
kita pasti tengah sibuk bergelumang dengan buku - mengulangkaji pelajaran,
menyiapkan past years etc. almaklumlah, exam kan semakin menghampiri. makanya,
haruslah double the effort. kan? :D
namun,
ingin diingatkan, diri ana dan juga kalian, bukanlah usaha kita yang menjadi
ukuran results yang bakal kita terima kelak. tidak! sama sekali tidak! bukan
usaha kita yang menentukan natijah. kerna hakikatnya natijah itu milik Allah.
Dia yang menentukan segala sesuatu, bukan kita, bukan usaha kita.
ehem.
tiba-tiba teringat satu artikel yang pernah ana baca.
....
Bila
kita sebut usaha, pasti ramai yang mengukur kadar usaha itu dengan kejayaannya.
Kalau dia berjaya dengan cemerlang, maka manusia akan menyatakan bahawa dia itu
berusaha bersungguh-sungguh. Kalau dia tidak berjaya, maka manusia akan
menyatakan bahawa dia itu tidak berusaha bersungguh-sungguh. Ini kebiasaan
mentaliti insan.
Bila
kita sebut usaha, pasti ramai yang mengukur kadar usaha itu dengan kejayaannya.
Kalau dia berjaya dengan cemerlang, maka manusia akan menyatakan bahawa dia itu
berusaha bersungguh-sungguh. Kalau dia tidak berjaya, maka manusia akan
menyatakan bahawa dia itu tidak berusaha bersungguh-sungguh. Ini kebiasaan
mentaliti insan.
Tetapi
saya berpendapat, usaha tidak berkadar
terus dengan hasil. Usaha adalah satu perkara lain, dan hasil itu adalah
satu perkara lain.
Kenapa?
Sebab
usaha di tangan kita, tetapi hasil tetap di tangan Allah SWT.
Sebahagian
manusia, ada yang faham akan hal ini. Tetapi mereka berkata pula:
"Kalau
macam itu, tak payah usaha. Semua Allah dah susun."
Em..Betul
ke?
Saya
setuju bahagian yang Allah susun itu. Tapi bahagian 'tak payah usaha' itu, saya
tak setuju.
Sesungguhnya,
orang beriman itu amat dikasihi oleh Allah SWT. Kenapa?
Kerana
keimanan mereka telah mendekatkan jarak mereka dengan Allah SWT. Orang yang
beriman, dia sentiasa yakin kepada Allah SWT, dia sentiasa bersangka baik, dia
tidak akan sesekali menyangka bahawa Allah SWT itu menzaliminya.
Jadi,
apabila Allah SWT mengarahkannya untuk berusaha, maka orang beriman akan
berusaha dengan bersungguh-sungguh dalam lapangan pekerjaannya. Tanpa,
meletakkan natijah sebagai matlamat utamanya.
Ada
perbezaan antara dua manusia ini:
1.
Kenapa studi? "Saya studi sebab nak dapat 11 A1"
2.
Kenapa studi? "Saya studi sebab Allah suruh, dan belajar itu difardhukan
di dalam Islam"
Bagi
orang 1, apabila dia tidak mendapat 11 A1, dia akan menghadapi satu kejatuhan.
Dia merasakan dia tidak berjaya. Dia merasakan usahanya selama ini adalah
sia-sia. Secara tidak langsung, sedih akan menyentuhnya.
Tetapi,
bagi orang 2, jika dia menyebutnya dalam keadaan dia faham dan beriman,
keputusan apa pun yang dia dapat, dia tetap akan tenang dan bersangka baik
kepada Allah SWT. Berbelas/berpuluh A bukan matlamatnya studi, tetapi dia studi
kerana itu adalah tanggungjawabnya sebagai hamba kepada Allah SWT. Maka, hasil
di akhir usahanya, itu semua adalah pemberian Allah SWT. Dan dia tahu, Allah
SWT itu tahu apa yang terbaik untuk hamba-hamba-Nya, dan Allah SWT itu tidak
akan sesekali menzalimi hamba-hamba-Nya. Tidak akan ada kekecewaan dalam
kehidupannya.
Itu
contoh rekaan saya. Saya hendak mengajak anda melihat beberapa figur dalam kehidupan
manusia, yang menjadi contoh kepada analogi orang 2 saya.
Kita
lihat Utusan Allah SWT Nuh AS dan Rasulullah SAW. Mereka berdua ini, ada
persamaan dalam kekuatan penyebaran agama Allah SWT kepada ummah.
Nabi
Nuh AS menyebarkan dakwah 950 tahun tanpa jemu, dan Rasulullah SAW pula
menyebarkan dakwah tanpa henti-henti walaupun diancam, diseksa, ditekan dari
pelbagai arah.
Kalau
kita perhatikan, dari manakah sumber kekuatan mereka untuk berusaha?
Iman.
Kekuatan para Nabi adalah keimanan mereka yang tinggi. Keimanan ini yang tidak
menggugah dan tidak menggoncangkan pendirian mereka.
Mereka
faham bahawa, tugas mereka adalah menyampaikan, bukannya memberikan hidayah.
Memberikan hidayah adalah urusan Allah SWT. Tanggungjawab mereka adalah
menyampaikan amanah Allah, dan mentarbiyah insan. Sebab itu, mereka tidak
mengalah apabila manusia menjauhkan diri dari mereka, memusuhi mereka, dan
berusaha membunuh mereka.
Nabi
Nuh tidak menyatakan usahanya selama 950 tahun itu sia-sia hanya kerana, dalam
950 tahun itu, 83 orang sahaja mengikutinya. Dia telah menjalankan tugasnya. 83
itu adalah natijah yang Allah SWT berikan kepadanya. Dan itulah yang terbaik.
Kenapa terbaik? Kerana ia datang daripada Allah SWT.
Orang
biasa, mungkin akan melihat angka 1000 itu lebih baik dari 83. Tetapi apalah
ukuran manusia jika hendak dibandingkan dengan ukuran Allah SWT? Allah SWT Maha
Tahu dan kita adalah hamba-Nya. Kita beriman kepada Allah SWT, dan segala
natijah yang diberikan oleh Allah itu kita redai. Kerana kita tahu bahawa Allah
SWT tidak akan menzalimi kita, dan kita yakin Allah SWT itu Maha Tahu akan
segala hal, baik dan buruknya.
Rasulullah
SAW pula tidak berputus asa pada awal period dakwahnya yang sukar. Dia tidak
mengalah selepas dibaling batu di Taif. Dia tidak pula rasa ralat dengan
keadaan keluarganya dari Bani Hasyim, bani Quraisy, penduduk Makkah yang
memusuhinya hanya kerana dia membawa agama Allah SWT. Hal ini kerana, Rasulullah
SAW faham bahawa tanggungjawabnya adalah berusaha. Natijah adalah daripada
Allah SWT.
Sebab
itu, Rasulullah SAW mampu menerima pemergian Abu Talib dalam keadaan tidak
beriman kepada Allah SWT. Kesedihannya, bukan kerana dia tidak redha kepada Allah
SWT yang menarik Abu Talib dalam keadaan tidak beriman. Kesedihannya ketika
pemergian Abu Talib itu, adalah kerana baginda sesalkan yang Abu Talib tidak
akan ada sesiapa mampu membelanya di hari kiamat nanti. Sebab itu Rasulullah
SAW berkata kepada Abu Talib dengan kata-kata yang sebegini:
"Wahai
bapa saudaraku, katakanlah satu kalimah yang membolehkan aku membelamu di hari
akhirat nanti. Katakanlah Lailahaillah"
Baginda
tidak berkata: "Masuklah Islam wahai bapa saudaraku, atau selama ini
usahaku kepadamu adalah sia-sia"
Tiada
usaha yang sia-sia, apabila kita menggerakkan diri kita untuk berusaha. Segala
usaha dikira oleh Allah SWT. Natijah, itu adalah hadiah daripada Allah SWT
untuk kita. Apa pun natijah yang Allah berikan, itu adalah yang terbaik untuk
kita.
Justeru,
apakah anda masih merasa malas untuk berusaha?
Berusaha
mencapai kecemerlangan, berusaha mencapai yang terbaik, berusaha menjadi hamba
Allah SWT yang terbaik, adakah anda masih merasa malas?
Tahukah
bila seseorang manusia itu boleh berhenti berusaha?
Selepas
dia mati.
Sumber
Text: Langit Ilahi
...
"the strong believer is better and is more beloved to
Allah than the weak believer, although both are good. Strive to attain that which will benefit you and seek the
help of Allah, and do not feel helpless." (Sahih Muslim, hadith no. 2664)
begitulah.
kita berusaha, hanya kerna Allah suruh kita usaha. natijah bukan urusan kita,
natijah urusan Dia. yang kita tahu, kita laksanakan bahagian kita. we do our
best, and let Allah take care of the rest!
p/s :
all the best semua! Bittaufiq Wannajah, semoga Allah memberi ketenangan dan
kesenangan dalam menjawab exams, inshaAllah. berusaha yang terbaik mengikut
kemampuan, dan bertawakkallah kepadaNya. semoga Allah redha usaha kita semua.
:D
No comments:
Post a Comment