Sedar
tak sedar Ramadan al Mubarak menyapa lagi, Alhamdulillah kita dipilih lagi
untuk mengaut permata-permata rahmat dan cinta Ilahi yang ‘bersepah-sepah’
sepanjang bulan yang mulia ni. Jadikan Ramadan 1433 H ini sebagai platform
untuk kita belajar mendidik diri ke arah menjadi Insan Rabbani yang mendapat
maqam (darjat) yang tinggi di sisi Allah. Ayuh kita mengenali dengan lebih
dekat siapa yang dimaksudkan dengan Insan Rabbani? Mengikut huraian terperinci
yang diperoleh dari satu sumber, dari segi bahasa, ‘Insan Rabbani’ bermaksud seseorang yang
memiliki daya fikir yang rasional,
beradab, bersahabat serta ramah dalam pergaulan, seorang yang ma’rifah (kenal)
dan taat kepada Tuhannya dan berpegang teguh akan agamaNya, berilmu, mengamalkannya
serta mengajarkannya pada orang lain sehingga mereka benar-benar faham.
Kata ‘Rabbani’ atau ربّاني disebut pada 3 tempat
dalam Al Quran, iaitu dalam surah Al Maidah, ayat 44(5:44) dan 63( 5:63) serta ayat 79 dalam
surah Ali ‘Imran(3:79). Secara konteksnya, ‘Insan Rabbani’ adalah golongan yang bersaksi atas kebenaran kitab Allah, melaksanakan perintah yang terkandung
dalamnya serta memelihara
kredibilitinya, golongan yang melakukan
amar ma’ruf nahi munkar, golongan yang saban hari mempelajari isi serta kandungan kitab, lalu mengajarkannya pada orang lain, serta mendidiknya. Subhanallah, betapa title ‘Insan Rabbani’ yang
kita cita-citakan itu telah menjelaskan secara detailed akan tujuan hidup,
peranan kita sebagai hamba Allah dan khalifah di muka bumi ini.
Jadikanlah madrasah Ramadan ini sebagai medan utama kita
membina ruh insan rabbani yang mungkin sudah lama mati dalam kamus hidup kita
walaupun bergelar Muslim sejak azali. Perbanyakkanlah ibadah; tilawah dan
tadabbur terutamanya kerana keduanya membawa kita dekat dengan kalamullah,
lesson plan yang telah digariskan oleh Sang Murabbi Teragung buat kita untuk berjaya
dengan cemerlangnya dalam peperiksaan Akhirat kelak sebagai pelajar yang
bergelar Insan Rabbani. Di bulan yang benuh barokah ini, kuatkan rohani kita dengan iman dan taqwa, kuatkan jasmani kita dengan sedikit makan, kuatkan akal dengan hafazan Al-Quran dan bacaan buku2 yang meningkat ruhiyah. Tidak lain tidak bukan
pensyariatan puasa adalah untuk melahirkan golongan yang menjadikan TAQWA sebagai
kayu ukur dalam setiap pertimbangan yang dibuat, pandangan Allah yang
diutamakan mengatasi kemahuan diri mahupun pandangan manusia.
“Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa.” (Al Baqarah, 2:183)
Ayuh jadi Insan Rabbani!! Insan yang terdidik dengan
DIDIKAN TUHAN, mencapai peringkat Ihsan (terbaik) dalam kehidupannya di dunia dengan Muraqabah
(pemerhatian) Allah Ta’ala terhadap setiap amalannya. Amalan yang menghadirkan
muraqabah Allah adalah bermula dari niat
yang ikhlas. Niat yang ikhlas lahir dari hati yang suci bersih (FITRAH).
Pembinaan INSAN RABBANI adalah bermula dengan pengisian hati dengan Nur Ilahi (IMAN
& TAQWA) dan melenyapkan noktah-noktah hitam dan kegelapan yang meliputi
HATI.
Kekuatan dalaman yang dibina akan terpancar keluar dan dizahirkan dalam
bentuk amalan yang mencapai peringkat Ihsan, insyaAllah. Cemerlang di dunia dan
bahagia di akhirat…
Al-Adawiyah Unveiled
No comments:
Post a Comment