Thursday, 12 July 2012

Indahnya Alam CiptaanNya

Bismillahirrohmanirrohim…

Alhamdulillah…  dengan takdir Allah trip winter break sudah pun berlalu, tanpa ada banyak halangan dan penuh dengan kenangan manis. Berjaya atau tidak trip itu akan diketahui di akhirat kelak. Adakah perjalanan kita itu penuh berkah atau sebaliknya, bermanfaat atau sia-sia. Dan Alhamdulillah di trip itu lah kali pertama-tamanya ana melihat, memegang dan bergolek-golek di atas salji ^^

Tapi ana rasa terkilan sikitlah, disebabkan terlalu excited main snow, ana jadi lagha sampai jatuh bergolek dari atas gunung salji terus menggelungsur ke bawah.

Okay bukan terkilan pasal tu, tapi ana terkilan sangat sebab ana terlupa nak bersungguh-sungguh nak mentadabbur alam, padahal Allah dah memberi ana peluang untuk berada dekat dengan suatu keagungan ciptaan Allah yang jarang-jarang diberi. Bukan setiap hari kita pergi naik gunung kan? Dan bukan setiap hari kita naik gunung yang penuh salji kan?

Tapi yang ana pulak terlampau seronok panjat timbunan salji lepas tu main gelongsor-gelongsor dengan pelbagai gaya bebas: gaya duduk, gaya berbaring dan menggelungsur ke depan sambil depang tangan gaya superman. T_T

Sekarang, hari ini, bila ana tengok balik gambar ketika di Mt Ruapehu betapa ana rasakan bahawa betapa gah nya gunung tu berdiri. Subhanallah, kukuh dan megah sekali. Siapalah kita berbanding dengan gunung yang taat itu.Namun dah Allah buatkan satu perumpamaan tentang gunung untuk kita sama-sama renungkan

“Sekiranya Kami turunkan Al Quran ini kepada sebuah gunung, pasti kamu akan melihatnya tunduk terpecah-belah disebabkan takut kepada Allah. Dan perumpamaan-perumpamaan itu Kami buat untuk manusia agar mereka berfikir” (Al Hasyr: 21)

Bukan secara tidak sengaja Allah memilih gunung untuk dibuat perbandingan. Gunung yang besar, kukuh, cantik, gah dan taat perintah Allah itu dibandingkan dengan kita yang hina, lemah, dan selalu lalai dari mengingat Allah, sering tidak taat pada perintah Allah. Tetapi Allah tetap melebihkan kita atas segala makhluk, hatta gunung sekalipun. Bukanlah gunung dilantik menjadi khalifah, tetapi kita. Subhanallah, gunung sahaja sudah menjadi inspirasi untuk kita hayati bahawa sebesar sehebat dan se-gah mana pun kita, kebesaran Allah Taala itu tiada taranya. Apabila gunung sahaja tunduk dan terpecah kerana takut mendengar perintah Allah, tiada lagi ruang untuk kita merasa sombong dan angkuh kepada Allah kerana perintah dan amanat yang besar sebagai khalifah itu jatuh ke atas kita. Al Quran itu turun kepada kita dan oleh kerana itu ambillah sifat gunung yang kukuh itu untuk kita menguatkan akar hati mencari jalan takwa. Seperti gunung, berjalanlah di muka bumi Allah dengan langkah yang teguh sebagai khalifatullah, menebarkan rahmat & kasih sayang Allah. Dalam pada waktu yang sama, rendahkanlah hati kita untuk patuh kepada perintah Allah, senantiasa bertasbih dan merasai kekerdilan sebagai hamba sebagaimana yang dirasai oleh Mt Ruapehu. InshaAllah

Az Zahra Unveiled

No comments:

Post a Comment