Thursday, 12 July 2012

Ukhuwah Fillah

Ukhuwwah fillah??

First time dengar? Or memang dah selalu dengar? Berlalunya semester pertama dalam tahun 2012 yang bertuah ni, ungkapan ‘ukhuwwah fillah’ ini sering meniti di bait-bait bibir, di dada-dada Timeline Facebook baik senior mahupun junior di Auckland ni. Persoalannya adakah anda benar-benar merasai kemanisannya?? Mungkin pengalaman kita berbeza tapi bagi saya, saya dapat merasai kemanisan ukhuwwah fillah (persaudaraan kerana Allah) tu apabila berjaulah (berjalan-jalan melihat alam sambil belajar kenal PenciptaNya) bersama kawan-kawan dan kakak-kakak yang best. Trip kami ke Australia selama seminggu lebih baru2 ini banyak mengajar kami untuk saling mengenali dan menjalin rasa berukhuwwah kerana Allah itu insyaAllah.

Alhamdulillah,kami selamat tiba di Melbourne airport setelah 4 jam perjalanan. Angin yang sejuk menampar-nampar pipi kami sebaik saja keluar dari Balai Ketibaan. Uiihhh.. sejuknya Melbourne!! Terluah juga kata2 tu di bibir ni walaupun dah di’remind’ oleh senior-senior yang lebih berpengalaman, “OZ ni cuaca dia ekstrem, kalau panas, panas sangat, kalau sejuk, sejuk sangat.”Ish3, manusia, memang suka mengeluh.

“Sungguh, manusia diciptakan bersifat suka mengeluh. Apabila dia ditimpa kesusahan dia berkeluh-kesah, dan apabila mendapat kebaikan dia jadi kikir,"(Al-Ma’arij, 70: 19-21)

Astaghfirullahal ‘azim... jangan mudah mengeluh yer lepas ni sahabat2 yang kukasihi sekalian! Okay sambung cerita balik. Airport Melbourne sangat hidup time tu walaupun dah nak dekat pukul 12.00 malam.

Kami naik cab dan terus bergerak ke rumah seorang sister yang sudi memprovidekan rumahnya for our stay..huhu Alhamdulillah save budget sesampainya di sana, kami disambut dengan nasi putih + ayam masak padprik (tak ingat padprik ke tomyam) yang masih panas… Alhamdulillah again, hilang lenguh2 badan dan bunyi perut yang berkeroncong. Sweet kan ukhuwwah fillah tuu..Sister Melbourne yang baik hati tu layan kami dengan makanan yang very osemmm walaupun dah lewat malam..Waa memang memenuhi kriteria2 orang yang beriman dengan Allah dan akhirat.

“Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia berkata baik atau dia diam. Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia memuliakan jiran tetangganya. Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia memuliakan tetamunya.“ (Hadith riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim)

Jom naik tram di Melbourne! hehe


Disebabkan hal yang tak dapat dielakkan, sister yang baik hati tu tak dapat bawa kami jalan2 keesokan harinya tu.. tapi tak pa, berbekalkan panduan jalan (beberapa lukisan tentang jalan2 di Melbourne) dan tawakal yang tinggi, kami mengorak langkah ke City of Melbourne. First naik tram, kelam kabut jugak nak beli tiketnya disebabkan jumlah kami yang melebihi 10 orang plus mesin tu hanya terima coins. Alhamdulillah ada yang bawak coins dari sini, so memudahkan ‘urusan’ pembelian tiket.

Queen Victoria Market (Vic Mark), pakat borong souvenirs!

Tiba di Queen Victoria Market yang terkenal dengan barang2 yang murah, be it souvenirs, clothes, fruits and etc.Had a good time there. Kat sini belajar bersederhana dalam berbelanja, jangan berlebih-lebihan dan jangan membazir. Membazir kan amalan syaitan.

“Sesungguhnya orang-orang yang boros itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat ingkar kepada Tuhannya.” (Al-Isra’, 17:27)

Alhamdulillah ada sisters yang selalu mengingatkan, beli kalau betul2 perlu ja… sweet kan ukhuwah fillah tu. Saling memperingati dalam apa jua keadaan pun supaya tak terjerumus dalam perkara2 yang Allah tak suka.

Subhanallah! Permandangan kala senja di Melbourne.

Perjalanan kami diteruskan ke sebuah tempat yang digelar DFO (Direct Factory Outlet). Kesabaran kami, jasmani kami, toleransi kami diuji sepanjang perjalanan ke sana.. baru tersedar kepentingan Qawiyyul Jismi (Badan yang Kuat dan Cergas), satu ciri menjadi individu muslim terhebat. Despite all that trouble, kami pulang dengan pelbagai reflection (muhasabah) yang Allah nak ajar supaya menjadi seorang yang lebih kuat ruhi dan jasmani kelak..Aminn.

Sebelum memulakan perjalanan ke Adelaide, kami diuji dengan cab yang tak muncul2 walaupun dah buat tempahan beforehand. Seawal 4 pagi, kami menunggu di luar rumah yang kuncinya telah diberi kepada seorang sister yang telah pergi terlebih dahulu. Masa diisi dengan tahajjud, tilawah, dan hafazan. Alhamdulillah, despite kedinginan di pagi hari, kami berpeluang beribadah luar pada norma biasa. It was a really different feeling at that time. You should try once, solat bersilingkan langit yang dihiasi bintang berkelipan..wahh bermadah la pulak.. tiada kebetulan dalam qada’ dan qadar, Alhamdulillah Allah mengurnikan seorang insan Melayu Muslim yang sudi menghulurkan bantuan untuk membawa kami ke airport. Setibanya di airport, kami dikejutkan dengan flight jetstar yang telah dicancelkan..Huaa,so dapat next flight Qantas yang lambat sejam dari jadual asal. Sekali lagi syukur dipanjatkan buat Ilahi, benarlah ujian dan pertolongan Allah tu datang dari arah yang tak disangka2.

Jika Allah menolong kamu, maka tidak ada yang dapat menalahkanmu, tetapi jika Allah membiarkanmu, maka siapa yang dapat menolongmu setelah itu? Kerana itu, hendaklah kepada Allah saja orang2 mukmin bertawakal.” (Ali ‘Imran, 3:160)

The University of Adelaide, South Australia

Kami disambut ramah di airport Adelaide dan dibawa ke rumah seorang sister yang juga seorang yang baik hati. Sekali lagi kami diberi layanan istimewa, dijamu dengan lauk2 Malaysia yang amat sedap, walaupun baru first time jumpa.. Sweet tak ukhuwwah fillah tu, kalau tak kenal, maka kita taaruf... Jalan2 kat sini ada tour guide (tuan rumah tu sendiri la, hihi). Melawat University of Adelaide yang sangat old school, Central Market dan bandarnya yang sangat relax berbanding dengan Melbourne. Sisters kat situ kata Adelaide ni tempat orang2 tua yang dah retired tinggal for the rest of their lives, sebab tu dia peaceful dan tak busy sangat.

Setinggi2 kesyukuran ku ucapkan buat Allah, ArRahim, Yang Maha Mengasihani, yang mencampakkan rasa kasih dalam hati2 kami sisters fillah. Kami belajar berlapang dada dalam setiap ujian, cabaran yang mendatang, kami belajar untuk saling menasihati kearah menjadi muslim yang lebih baik dan lebih diredai Allah, kami belajar untuk berlumba2 melakukan kebaikan (fastabiqul khairat), kami belajar bercinta kerana Allah kerana kami tahu dasar persahabatan kami adalah keranaNYA dan untuk bersama di syuga nan abadi kelak.. Aminn

"Sungguh, orang2 yang beriman dan mengerjakan kebajikan, kelak (Allah) Yang Maha Pemurah akan menanamkan rasa kasih sayang dalam hati mereka” (Maryam, 19:96)

Al-Adawiyah Unveiled

No comments:

Post a Comment