Showing posts with label ramadhan. Show all posts
Showing posts with label ramadhan. Show all posts

Wednesday, 8 August 2012

Pencarian Bermula!

alhamdulillah.. alhamdulillah.. alhamdulillah..

dengan izinNya, rahmatNya, disampaikan lagi kita ke 10 malam terakhir Ramadhan. haaa, antunna semua bagaimana? masih lagi bersemangat dalam meraih ganjaran yang Allah janjikan di bulan yang mulia ini? diharapnya begitulah eh, inshaAllah. :D

bilamana berbicara tentang 10 malam terakhir Ramadhan, ada suatu peristiwa significant yang sering kali dikaitkan dengannya. yup, antunna benar. itulah ia peristiwa yang kita kenal sebagai "Lailatul Qadar".

sungguh, lailatul qadar itu sunat dicari. kenapa tidak? sedangkan malam itu adalah malam yang diberkati serta mempunyai kelebihan dan keutamaannya tersendiri. sebagaimana firman Allah dalam surah al-Qadr, ayat 3:

"Malam lailatul qadar lebih baik daripada seribu bulan."

dalam erti kata lain, amal ibadah pada lailatul qadar itu lebih baik daripada seribu bulan. seribu bulan! banyak tu. kalau beramal seumur hidup pun, belum tentu dapat menyamai pahala beramal pada malam tersebut. usia kita kan pendek?

makanya, teramat amatlah rugi seandainya seseorang yang sampai ke sepuluh malam terakhir Ramadhan ini, namun tidak berusaha mencari dan memperolehi lailatul qadar itu sendiri. walhal jelas, Allah menyediakan pahala berlipat kali ganda pada malam itu.


hurmmm, setelah difikir-fikir, bagaimana caranya untuk kita nak grab semaksimum mungkin ganjaran lailatul qadar? apa amal ibadah yang dapat kita kerjakan? oh yea, apa kata kita lihat sunnah Rasulullah. baginda kan contoh terbaik! *wink*

pertama, diriwayatkan Rasulullah bersungguh-sungguh dalam beribadah di sepuluh malam terakhir Ramadhan. menurut Aisyah ra:

Rasulullah saw beribadat dengan (lebih) bersungguh dan kuat di sepuluh malam terakhir Ramadhan, tidak sebagaimana baginda di malam-malam yang lain. (HR Muslim)

lagi hadis dari Aisyah ra, beliau berkata:

adalah Rasulullah saw biasa iktikfaf pada sepuluh hari terakhir di bulan Ramadhan, sampai baginda wafat kemudian isteri-isteri baginda melaksanakan iktikaf sepeninggalannya. (HR Bukhari, Ahmad & Baihaqi)

selain itu, kita juga disunatkan menghidupkan lailatul qadar dengan qiyamullail. sebagaimana sabda Rasulullah saw:

barangsiapa yang mengerjakan qiyamullail pada lailatul qadar kerana iman dan mengharap pahala, nescaya diampuni dosa-dosanya yang telah lalu. (HR Muttafaq'alaihi)

kita juga boleh memperbanyakkan doa pada lailatul qadar. diriwayatkan dari Aisyah ra, katanya:

"Ya Rasulullah. bagaimana pendapatmu seandainya saya tahu malam jatuhnya lailatul qadar itu, apakah yang harus saya ucapkan ketika itu?" maka jawab Rasulullah saw, katakanlah:

للَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي

"Ya Allah, sesungguhnya Engkau maha Pengampun dan suka mengampunkan, maka ampunkanlah aku ini."

kita juga dituntut menghidupkan lailatul qadar dengan mengajak ahli keluarga untuk sama-sama beribadah. menurut Aisyah ra:

adalah Rasulullah saw apabila memasuki sepuluh malam terakhir, beliau mengencangkan tali sarungnya, menghidupkan malamnya dan membangunkan keluarganya. (HR Bukhari & Muslim)

haaa, sekarang kan dah tahu sedikit sebanyak amalan yang Rasulullah laksanakan di sepanjang sepuluh malam terakhir Ramadhan ni. so apa lagi, ayuh mulakan pencarian. memburu lailatul qadar, inshaAllah.


dalam pencarian ini, sama-samalah kita menjadikan Rasulullah sebagai contoh teladan kita. sedangkan baginda yang maksum pun masih bersungguh-sungguh memburu lailatul qadar, kenapa tidak kita?
akhir kata, selamat mencari! oh, jangan lupa kejut SEMUA housemates untuk sama-sama menghidupkan lailatul qadar. dan semoga amal yang kita laksanakan ini berterusan even setelah berakhirnya Ramadhan. ^_^

sebab matlamat kita bukan sekadar menjadi hamba Ramadhani, tetapi menjadi hamba Rabbani! kan? till then, salam alayk.

Munawarah Unveiled

Thursday, 19 July 2012

Ramadhan Kareem



Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah thumma Alhamdulillah, bersyukur ke hadratNya kerana kita masih lagi dikurniakan kesempatan olehNya utk bernafas dalam nikmat iman dan Islam insyaAllah. Dan ditambah dengan itu, nikmat disampaikan kepada bulan yang mulia lagi barokah iaitu Ramadhan Kareem :)

Ramadhan, Ramadhan, Ramadhan..Ada apa bulan Ramadhan ni dengan kita? Inilah bulan yang tersingkap begitu banyak keistimewaan di mana, digandakan kebaikan dan ganjaran daripada Allah SWT atas setiap amal kita. Tambahan dengan itu, ditutup pintu-pintu neraka dan dibuka pintu-pintu syurga. Syaitan pula digari dan dijauhi dari manusia. (Muttafaqun alaih) Betapa Allah SWT mahukan kebaikan buat hamba-hambaNya lalu Dia menyediakan satu bulan khas yang diberi the most conducive environment utk hamba-hambaNya beribadat. Hanya orang-orang yang beriman dan dekat denganNya dapat merasai keistimewaan layanan Allah ini.
“Barang siapa yang berpuasa atas dasar keimanan dan berharap mendapatkan balasan dari Allah akan diampuni dosanya yang telah lalu. (HR.Bukhari dan Muslim).
Titik tolaknya amalan seseorang adalah daripada cerminan imannya. Dalam bulan Ramadhan ini, tidak dinafikan Allah SWT akan menguji kita dari pelbagai sudut untuk melayakkan kita kembali kpd fitrah sbg seorang abid itu. Fitrah seorang abid yang bersabar, berlapang dada, menahan marah, itsar dan tawaddhu’. In other words, bulan Ramadhan ini bertujuan utk melatih kita menjadi manusia ‘super’ . Dan untuk menjadi manusia ‘super’ di bulan Ramadhan ini kekuatannya hanyalah boleh diperoleh daripada kemantapan iman itu sendiri, insyaAllah.
"Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa." (Al Baqarah, 2:183)
Saidina Umar r.a. pernah bertanya kepada seorang sahabat yang lain bernama Ubai bin Ka'ab r.a. makna taqwa. Lalu Ubai bertanya kepada Umar :
Adakah engkau pernah melalui satu jalan yang berduri?
Jawab Umar: "Ya".
Tanya Ubai lagi: Apakah yang kamu lakukan untuk melalui jalan tersebut?
Jawab Umar : "Aku melangkah dengan waspada dan berhati-hati".
Balas Ubai : Itulah yang dikatakan taqwa.
Sebagai hamba Allah yang melihat segalanya dari kaca mata Islam, setiap situasi dan keadaan menuntut kita untuk mengaplikasikan taqwa. Allah menuntut kita untuk berpuasa supaya kita menjadi hamba-hamba yang BERTAQWA. Taqwa = berhati-hati dan berwaspada. Dan bulan Ramadhan ini adalah antara medium yang Allah sediakan untuk kita mengaplikasikan sikap ‘berhati-hati dan berwaspada’ itu. Hatta dengan mengucapkan kepada orang lain , ‘ Aku sedang berpuasa,’ (Hadis) juga adalah langkah untuk diri kita ‘berhati-hati dan waspada’ kerana kita sedang mengingatkan diri sendiri bahwa kita sedang berpuasa, maka perlu menjaga akhlak serta tindak-tanduk. Untuk apa kita ‘berhati-hati dan berwaspada’ itu? Supaya kita dapat melangkah keluar dari Ramadhan sebagai ‘manusia super’ di mata Allah insyaAllah :) Ini adalah kerana kita kan manusia yang Rabbani, bukan setakat Ramadhani..kan? Beramal kerana Allah dan bukannya beramal kerana Ramadhan itu sendiri :)

Ya Ayyuhal Akhawat..sama-sama kita persiapkan ruhi, mental dan jasad kita sebaik-baiknya untuk Ramadhan 1433H ini dengan memperbanyakkan amalan ibadah, membasahi bibir kita dengan zikrullah dan menjaga akhlak kita.

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan. Moga kedatanganmu menghadiahi kami seribu barakah dan rahmat..Amin :)

Zinnirah Unveiled