Saturday, 22 September 2012

Muhasabah dari Mp3ku.

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh buat semua.

Semoga yang membaca dan yang menulis sama-sama berada dalam RahmatNya.

Mahukan rehat adalah fitrah biasa seorang manusia. Penat dengan assignment mungkin, lelah dengan menelaah perhaps, semput dengan lectures yang tak habis-habis untuk dihafal pada malam test/exam? Sudah tentu.

Biasa, memang biasa. Dan tidak salah untuk memberi rehat pada diri sendiri setelah berusaha sehabis baik untuk mencapai keputusan terbaik dalam apa jua bentuk assessments yang diamanahkan. Keluar rumah makan aiskrim, masak something fancy setelah berhari-hari makan mi segera, tidur bagi cukup.. Kan seronok?

Namun yang sering menjadi masalah bagi saya adalah berlebihan dalam berehat. 

Dan saya rasa seolah-olah ditegur oleh makhluk Allah bernama Mp3, sedang saya melipat baju. 

Panahan pertama:

Saya telah memuat turun lecture tersebut dari Youtube ke dalam bentuk mp3 menggunakan 

Saya amat menggalakkan anda dengar sendiri lecture tersebut, namun bagi menyelaraskan isi kandungan blog post kali ini, akan saya keutarakan point-point yang penting iaitu:

1. Kita rasa kita tidak cukup masa untuk mempelajari Islam. Alasannya, kita sibuk. Terlalu sibuk. Belajar. Ataupun mencari rezeki. 

2. Persoalannya, adakah kita merasakan kesibukan kita melebihi kesibukan para sahabat? Adakah kita mengatakan bahawa para sahabat tidak perlu sibuk mencari rezeki untuk keluarga mereka?

3. Persoalannya lagi, apa yang sedang kita kejar? Apa yang perlu kita kejar? Kelebihan kita sebagai seorang muslim (ya, 'muslim', bukan 'Muslim') adalah, kita bukan hanya berusaha untuk kehidupan di dunia, tetapi kita juga perlu berusaha untuk kehidupan di akhirat. We need double the effort and double the time!

4. Jelaslah, kita perlukan pengurusan masa yang efektif untuk mengejar kedua-dua agenda besar tersebut. We have two things on our plate, we can't afford to work at the same pace. Caranya? 

5. "The only way for you to succeed in both dunia and akhirah, is for you to cut off time from your entertainment.. from your sleep. You have to do what you have to do. So, as a muslim, you cannot afford to waste a single moment of your life. The clock is ticking.. and for you, it's a countdown (to death)." 


Kesimpulan dari Panahan Pertama : Jangan bazir masa!

Baju masih belum habis dilipat. The rate of folding menurun sedikit. Dan Mp3 saya kini menyiarkan bacaan Surah Al-Kafirun oleh Sheikh Mishari Rashid Al-Faasi. Panahan Pertama masih berlegar-legar di fikiran.. Belum sempat 'sakitnya' panahan itu reda, saya ditusuk oleh..

Panahan Kedua.
"Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai orang-orang kafir! Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah.." Surah Al-Kafirun, 109:1-2

Zapp! Aku.. tidak akan menyembah.. apa yang kamu sembah... tidak akan ikut.. apa yang kamu ikut.. 

Betulke saya tak ikut? 
Betulke saya ni betul-betul ikut cara Islam?

Jahiliyyah adalah apa-apa sahaja selain Islam. And more often than not, perkara-perkara yang sering saya bazirkan masa untuknya, bukanlah perkara-perkara yang membina 'Islam' dalam diri saya. 

Which means, semua itu berunsurkan jahiliyyah! 

Oh tidak!
Saya tak mahu terlibat dengan jahiliyyah! 
Jahiliyyah akan sentiasa menarik kita jauh dari Dia. 
Dia, yang akan kita jumpa di Hari Pembalasan, Hari Perhitungan yang not even the smallest deed will be overlooked. And..  not even the smallest act of disobedience can escape.(Al-Zalzalah, 99:7-8)

Jangan. Jangan korbankan kehidupan akhirat yang tempoh masanya terlalu lama... you can't put an end to it.. can you imagine that?
Bukan sejuta tahun, sebillion tahun, setrillion tahun, *ambil nafas untuk benar-benar menghayati effect ini* tetapi..  selama-lamanya..

Tanggungjawab kita melebihi masa yang ada! Dah itu, takkan masa yang ada nak guna buat benda lagha?

Adeyy.. tamparan.. tamparan.. habis merah muka kena 'lempang'.

Kesimpulan dari Panahan Kedua: Kenalpasti saki-baki jahiliyyah dalam diri kita seharian dan cuba elakkan. Cuba sungguh-sungguh!


Baju sudah semakin sedikit. Sebentar lagi, stokin-stokin perlu dicari pasangannya. 

Dan kini, nasyid yang pernah menitiskan air mata.. Siti Khadijah dendangan InTeam. 

"Siti Khadijah.. Srikandi sejati..
Kaulah lambang cinta sejati.. Srikandi pertama tika Islam bermula.."

"Pemergianmu.. ditangisi Nabi..".

Nabi menangisi pemergiannya. Allah memuliakannya dengan memilihnya sebagai peneman hidup yang pertama buat KekasihNya. Allah memuliakannya lagi dengan menjadikannya ibu kepada anak-anak RasulNya.

Allah dan Jibril memberikan salam kepadanya.. Allahu Akbar!

Such an honour to get Salam from Allah and Jibril! Kalau kita tiba-tiba dapat call dari Yang Di-pertuan Agong, tak ke terkejut + gembira? Inikan pula, Salam daripada Allah. 

Subhanallah. Apakah yang telah beliau lakukan sepanjang hayatnya sehinggakan mendapat kemuliaan yang sedemikian?

Tentu sekali sesuatu yang luar biasa. 

Iman yang luar biasa. 
Cinta yang luar biasa. 
Pengorbanan yang luar biasa. 

Saya bagaimana? 

Adeyyy, jauh sekali, bagai langit dengan bumi.

Mampukah Syurga-Nya diraih, sedang Khadijah benchmarknya?

Apalah sangat yang saya dah buat untuk Islam. Setakat usrah seminggu sekali, confirm ke masuk syurga?

Adeyyy.. masih banyak yang perlu dipelajari, diyakini dan diamalkan. 

Dan seharusnya saya bersyukur kerana dikurniakan role model seperti Khadijah dan srikandi-srikandi Islam yang lain. Dalam erti kata lain, jawapan 'exam' dah ada terang-terang. Cuma tinggal belajar dan beramal keranaNya.

Kesimpulan dari Panahan Ketiga: Nak masuk syurga, kenalah hidup sepertimana orang yang dah dijamin syurga!



Alhamdulillah, baju sudah habis dilipat.
Alhamdulillah, Allah buka hati untuk reflect.
The question remains, will it have any effect?

Hargai masa. Tinggalkan jahiliyyah. Teladani ahli-ahli syurga.

InsyaAllah!

Kita cuba!

***
Terasa betul-betul disayangiNya. Terasa lintasan-lintasan hati sedang dipandu olehNya. 
Bersyukur, hidayah Allah mengetuk pintu hati. 
Dan takut. Takut 'tetamu' ini pulang kerana terlalu lambat membuka pintu. Atau enggan membuka pintu.

Ya Allah, janganlah Engkau palingkan hatiku setelah Engkau beri petunjuk.
Ya Rahman, janganlah Engkau biarkan hambaMu yang lemah ini hanyut dengan dunia.
Ya Rahim, limpahkanlah kasih sayangMu dan hidayahMu yang tak putus-putus buat hambaMu yang daif ini.

Ya Allah, please, guide me in every single millisecond of my life. Guide me in every single thought that crosses my mind. Guide me in every single step that I take, every single thing that I do and every single decision that I make. 

Ya Allah, I couldn't imagine being in the way of Your anger. I hate the thought of doing something that displeases you. But I'm such a weak person Ya Allah. I keep forgetting, I keep giving in to my desires. 

Ya Allah, help me Ya Allah. 
Help me to stay strong on Your Straight Path. 
Help me to recognise the things that pleases you and fill my heart with joy when doing it. Help me to recognise the things that displeases you and keep me far far away from it.
Help me to realise how Merciful and Forgiving you are, so that whenever I slipped from Your Path, I will quickly return to You. 

Amiin ya Rabbal 'Alamin. Allahumma salli ala sayyidina Muhammad.

May this be of benefit to you, as it did for me. May Allah ease our steps to get closer to Him, and may Allah grant us and our parents the highest level of Jannah.

-QJ-


No comments:

Post a Comment