Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah thumma Alhamdulillah, bersyukur ke hadratNya kerana kita masih lagi dikurniakan kesempatan olehNya utk bernafas dalam nikmat iman dan Islam insyaAllah. Dan ditambah dengan itu, nikmat disampaikan kepada bulan yang mulia lagi barokah iaitu Ramadhan Kareem :)
Ramadhan, Ramadhan, Ramadhan..Ada apa bulan Ramadhan ni dengan kita? Inilah bulan yang tersingkap begitu banyak keistimewaan di mana, digandakan kebaikan dan ganjaran daripada Allah SWT atas setiap amal kita. Tambahan dengan itu, ditutup pintu-pintu neraka dan dibuka pintu-pintu syurga. Syaitan pula digari dan dijauhi dari manusia. (Muttafaqun alaih) Betapa Allah SWT mahukan kebaikan buat hamba-hambaNya lalu Dia menyediakan satu bulan khas yang diberi the most conducive environment utk hamba-hambaNya beribadat. Hanya orang-orang yang beriman dan dekat denganNya dapat merasai keistimewaan layanan Allah ini.
“Barang siapa yang berpuasa atas dasar keimanan dan berharap mendapatkan balasan dari Allah akan diampuni dosanya yang telah lalu. (HR.Bukhari dan Muslim).Titik tolaknya amalan seseorang adalah daripada cerminan imannya. Dalam bulan Ramadhan ini, tidak dinafikan Allah SWT akan menguji kita dari pelbagai sudut untuk melayakkan kita kembali kpd fitrah sbg seorang abid itu. Fitrah seorang abid yang bersabar, berlapang dada, menahan marah, itsar dan tawaddhu’. In other words, bulan Ramadhan ini bertujuan utk melatih kita menjadi manusia ‘super’ . Dan untuk menjadi manusia ‘super’ di bulan Ramadhan ini kekuatannya hanyalah boleh diperoleh daripada kemantapan iman itu sendiri, insyaAllah.
"Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa." (Al Baqarah, 2:183)Saidina Umar r.a. pernah bertanya kepada seorang sahabat yang lain bernama Ubai bin Ka'ab r.a. makna taqwa. Lalu Ubai bertanya kepada Umar :
Adakah engkau pernah melalui satu jalan yang berduri?Sebagai hamba Allah yang melihat segalanya dari kaca mata Islam, setiap situasi dan keadaan menuntut kita untuk mengaplikasikan taqwa. Allah menuntut kita untuk berpuasa supaya kita menjadi hamba-hamba yang BERTAQWA. Taqwa = berhati-hati dan berwaspada. Dan bulan Ramadhan ini adalah antara medium yang Allah sediakan untuk kita mengaplikasikan sikap ‘berhati-hati dan berwaspada’ itu. Hatta dengan mengucapkan kepada orang lain , ‘ Aku sedang berpuasa,’ (Hadis) juga adalah langkah untuk diri kita ‘berhati-hati dan waspada’ kerana kita sedang mengingatkan diri sendiri bahwa kita sedang berpuasa, maka perlu menjaga akhlak serta tindak-tanduk. Untuk apa kita ‘berhati-hati dan berwaspada’ itu? Supaya kita dapat melangkah keluar dari Ramadhan sebagai ‘manusia super’ di mata Allah insyaAllah :) Ini adalah kerana kita kan manusia yang Rabbani, bukan setakat Ramadhani..kan? Beramal kerana Allah dan bukannya beramal kerana Ramadhan itu sendiri :)
Jawab Umar: "Ya".
Tanya Ubai lagi: Apakah yang kamu lakukan untuk melalui jalan tersebut?
Jawab Umar : "Aku melangkah dengan waspada dan berhati-hati".
Balas Ubai : Itulah yang dikatakan taqwa.
Ya Ayyuhal Akhawat..sama-sama kita persiapkan ruhi, mental dan jasad kita sebaik-baiknya untuk Ramadhan 1433H ini dengan memperbanyakkan amalan ibadah, membasahi bibir kita dengan zikrullah dan menjaga akhlak kita.
Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan. Moga kedatanganmu menghadiahi kami seribu barakah dan rahmat..Amin :)
Zinnirah Unveiled
Jzkk Zinnirah ! Subhanallah, plg suka statement ni; Allah SWT akan menguji kita dari pelbagai sudut untuk melayakkan kita kembali kpd fitrah sbg seorang abid itu. Fitrah seorang abid yang bersabar, berlapang dada, menahan marah, itsar dan tawaddhu’.
ReplyDeleteMeaning naturally we are born as ppl yg boleh bersabar, thn marah n all !