Sedar
tak sedar Ramadan al Mubarak menyapa lagi, Alhamdulillah kita dipilih lagi
untuk mengaut permata-permata rahmat dan cinta Ilahi yang ‘bersepah-sepah’
sepanjang bulan yang mulia ni. Jadikan Ramadan 1433 H ini sebagai platform
untuk kita belajar mendidik diri ke arah menjadi Insan Rabbani yang mendapat
maqam (darjat) yang tinggi di sisi Allah. Ayuh kita mengenali dengan lebih
dekat siapa yang dimaksudkan dengan Insan Rabbani? Mengikut huraian terperinci
yang diperoleh dari satu sumber, dari segi bahasa,‘Insan Rabbani’ bermaksud seseorang yang
memiliki daya fikir yang rasional,
beradab, bersahabat serta ramah dalam pergaulan, seorang yang ma’rifah (kenal)
dan taat kepada Tuhannya dan berpegang teguh akan agamaNya, berilmu, mengamalkannya
serta mengajarkannya pada orang lain sehingga mereka benar-benar faham.
Kata ‘Rabbani’ atau ربّاني disebut pada 3 tempat
dalam Al Quran, iaitu dalam surah Al Maidah, ayat 44(5:44) dan 63( 5:63) serta ayat 79 dalam
surah Ali ‘Imran(3:79). Secara konteksnya, ‘Insan Rabbani’ adalah golongan yang bersaksi atas kebenaran kitab Allah, melaksanakan perintah yang terkandung
dalamnya serta memelihara
kredibilitinya, golongan yang melakukan
amar ma’ruf nahi munkar, golongan yang saban hari mempelajari isi serta kandungan kitab, lalu mengajarkannya pada orang lain,serta mendidiknya. Subhanallah, betapa title ‘Insan Rabbani’ yang
kita cita-citakan itu telah menjelaskan secara detailed akan tujuan hidup,
peranan kita sebagai hamba Allah dan khalifah di muka bumi ini.
Jadikanlah madrasah Ramadan ini sebagai medan utama kita
membina ruh insan rabbani yang mungkin sudah lama mati dalam kamus hidup kita
walaupun bergelar Muslim sejak azali. Perbanyakkanlah ibadah; tilawah dan
tadabbur terutamanya kerana keduanya membawa kita dekat dengan kalamullah,
lesson plan yang telah digariskan oleh Sang Murabbi Teragung buat kita untuk berjaya
dengan cemerlangnya dalam peperiksaan Akhirat kelak sebagai pelajar yang
bergelar Insan Rabbani. Di bulan yang benuh barokah ini, kuatkan rohani kita dengan iman dan taqwa, kuatkan jasmani kita dengan sedikit makan, kuatkan akal dengan hafazan Al-Quran dan bacaan buku2 yang meningkat ruhiyah. Tidak lain tidak bukan
pensyariatan puasa adalah untuk melahirkan golongan yang menjadikan TAQWA sebagai
kayu ukur dalam setiap pertimbangan yang dibuat, pandangan Allah yang
diutamakan mengatasi kemahuan diri mahupun pandangan manusia.
“Hai orang-orang yang beriman,
diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum
kamu agar kamu bertaqwa.” (Al Baqarah, 2:183)
Ayuh jadi Insan Rabbani!! Insan yang terdidik dengan
DIDIKAN TUHAN, mencapai peringkatIhsan (terbaik) dalam kehidupannya di dunia dengan Muraqabah
(pemerhatian) Allah Ta’ala terhadap setiap amalannya. Amalan yang menghadirkan
muraqabah Allah adalah bermula dari niat
yang ikhlas. Niat yang ikhlas lahir dari hati yang suci bersih (FITRAH).
Pembinaan INSAN RABBANI adalah bermula dengan pengisian hati dengan Nur Ilahi (IMAN
& TAQWA) dan melenyapkan noktah-noktah hitam dan kegelapan yang meliputi
HATI.
Kekuatan dalaman yang dibina akan terpancar keluar dan dizahirkan dalam
bentuk amalan yang mencapai peringkat Ihsan, insyaAllah. Cemerlang di dunia dan
bahagia di akhirat…
Alhamdulillah thumma Alhamdulillah, bersyukur ke hadratNya kerana kita masih lagi dikurniakan kesempatan olehNya utk bernafas dalam nikmat iman dan Islam insyaAllah. Dan ditambah dengan itu, nikmat disampaikan kepada bulan yang mulia lagi barokah iaitu Ramadhan Kareem :)
Ramadhan, Ramadhan, Ramadhan..Ada apa bulan Ramadhan ni dengan kita? Inilah bulan yang tersingkap begitu banyak keistimewaan di mana, digandakan kebaikan dan ganjaran daripada Allah SWT atas setiap amal kita. Tambahan dengan itu, ditutup pintu-pintu neraka dan dibuka pintu-pintu syurga. Syaitan pula digari dan dijauhi dari manusia. (Muttafaqun alaih) Betapa Allah SWT mahukan kebaikan buat hamba-hambaNya lalu Dia menyediakan satu bulan khas yang diberi the most conducive environment utk hamba-hambaNya beribadat. Hanya orang-orang yang beriman dan dekat denganNya dapat merasai keistimewaan layanan Allah ini.
“Barang siapa yang berpuasa atas dasar keimanan dan berharap mendapatkan balasan dari Allah akan diampuni dosanya yang telah lalu. (HR.Bukhari dan Muslim).
Titik tolaknya amalan seseorang adalah daripada cerminan imannya. Dalam bulan Ramadhan ini, tidak dinafikan Allah SWT akan menguji kita dari pelbagai sudut untuk melayakkan kita kembali kpd fitrah sbg seorang abid itu. Fitrah seorang abid yang bersabar, berlapang dada, menahan marah, itsar dan tawaddhu’. In other words, bulan Ramadhan ini bertujuan utk melatih kita menjadi manusia ‘super’ . Dan untuk menjadi manusia ‘super’ di bulan Ramadhan ini kekuatannya hanyalah boleh diperoleh daripada kemantapan iman itu sendiri, insyaAllah.
"Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa." (Al Baqarah, 2:183)
Saidina Umar r.a. pernah bertanya kepada seorang sahabat yang lain bernama Ubai bin Ka'ab r.a. makna taqwa. Lalu Ubai bertanya kepada Umar :
Adakah engkau pernah melalui satu jalan yang berduri?
Jawab Umar: "Ya".
Tanya Ubai lagi: Apakah yang kamu lakukan untuk melalui jalan tersebut?
Jawab Umar : "Aku melangkah dengan waspada dan berhati-hati".
Balas Ubai : Itulah yang dikatakan taqwa.
Sebagai hamba Allah yang melihat segalanya dari kaca mata Islam, setiap situasi dan keadaan menuntut kita untuk mengaplikasikan taqwa. Allah menuntut kita untuk berpuasa supaya kita menjadi hamba-hamba yang BERTAQWA. Taqwa = berhati-hati dan berwaspada. Dan bulan Ramadhan ini adalah antara medium yang Allah sediakan untuk kita mengaplikasikan sikap ‘berhati-hati dan berwaspada’ itu. Hatta dengan mengucapkan kepada orang lain , ‘ Aku sedang berpuasa,’ (Hadis) juga adalah langkah untuk diri kita ‘berhati-hati dan waspada’ kerana kita sedang mengingatkan diri sendiri bahwa kita sedang berpuasa, maka perlu menjaga akhlak serta tindak-tanduk. Untuk apa kita ‘berhati-hati dan berwaspada’ itu? Supaya kita dapat melangkah keluar dari Ramadhan sebagai ‘manusia super’ di mata Allah insyaAllah :) Ini adalah kerana kita kan manusia yang Rabbani, bukan setakat Ramadhani..kan? Beramal kerana Allah dan bukannya beramal kerana Ramadhan itu sendiri :)
Ya Ayyuhal Akhawat..sama-sama kita persiapkan ruhi, mental dan jasad kita sebaik-baiknya untuk Ramadhan 1433H ini dengan memperbanyakkan amalan ibadah, membasahi bibir kita dengan zikrullah dan menjaga akhlak kita.
Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan. Moga kedatanganmu menghadiahi kami seribu barakah dan rahmat..Amin :)
Introducing POSTER Love series; pastinya KITA nak share poster keluarga kreatif kita yang kt luar sana tu, atau pun poster dari keluarga kita di Auckland sendiri :)
First time dengar? Or memang dah selalu dengar? Berlalunya semester pertama dalam tahun 2012 yang bertuah ni, ungkapan ‘ukhuwwah fillah’ ini sering meniti di bait-bait bibir, di dada-dada Timeline Facebook baik senior mahupun junior di Auckland ni. Persoalannya adakah anda benar-benar merasai kemanisannya?? Mungkin pengalaman kita berbeza tapi bagi saya, saya dapat merasai kemanisan ukhuwwah fillah (persaudaraan kerana Allah) tu apabila berjaulah (berjalan-jalan melihat alam sambil belajar kenal PenciptaNya) bersama kawan-kawan dan kakak-kakak yang best. Trip kami ke Australia selama seminggu lebih baru2 ini banyak mengajar kami untuk saling mengenali dan menjalin rasa berukhuwwah kerana Allah itu insyaAllah.
Alhamdulillah,kami selamat tiba di Melbourne airport setelah 4 jam perjalanan. Angin yang sejuk menampar-nampar pipi kami sebaik saja keluar dari Balai Ketibaan. Uiihhh.. sejuknya Melbourne!! Terluah juga kata2 tu di bibir ni walaupun dah di’remind’ oleh senior-senior yang lebih berpengalaman, “OZ ni cuaca dia ekstrem, kalau panas, panas sangat, kalau sejuk, sejuk sangat.”Ish3, manusia, memang suka mengeluh.
“Sungguh, manusia diciptakan bersifat suka mengeluh. Apabila dia ditimpa kesusahan dia berkeluh-kesah, dan apabila mendapat kebaikan dia jadi kikir,"(Al-Ma’arij, 70: 19-21)
Astaghfirullahal ‘azim... jangan mudah mengeluh yer lepas ni sahabat2 yang kukasihi sekalian! Okay sambung cerita balik. Airport Melbourne sangat hidup time tu walaupun dah nak dekat pukul 12.00 malam.
Kami naik cab dan terus bergerak ke rumah seorang sister yang sudi memprovidekan rumahnya for our stay..huhu Alhamdulillah save budget sesampainya di sana, kami disambut dengan nasi putih + ayam masak padprik (tak ingat padprik ke tomyam) yang masih panas… Alhamdulillah again, hilang lenguh2 badan dan bunyi perut yang berkeroncong. Sweet kan ukhuwwah fillah tuu..Sister Melbourne yang baik hati tu layan kami dengan makanan yang very osemmm walaupun dah lewat malam..Waa memang memenuhi kriteria2 orang yang beriman dengan Allah dan akhirat.
“Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia berkata baik atau dia diam. Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia memuliakan jiran tetangganya. Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia memuliakan tetamunya.“
(Hadith riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim)
Jom naik tram di Melbourne! hehe
Disebabkan hal yang tak dapat dielakkan, sister yang baik hati tu tak dapat bawa kami jalan2 keesokan harinya tu.. tapi tak pa, berbekalkan panduan jalan (beberapa lukisan tentang jalan2 di Melbourne) dan tawakal yang tinggi, kami mengorak langkah ke City of Melbourne. First naik tram, kelam kabut jugak nak beli tiketnya disebabkan jumlah kami yang melebihi 10 orang plus mesin tu hanya terima coins. Alhamdulillah ada yang bawak coins dari sini, so memudahkan ‘urusan’ pembelian tiket.
Queen Victoria Market (Vic Mark), pakat borong souvenirs!
Tiba di Queen Victoria Market yang terkenal dengan barang2 yang murah, be it souvenirs, clothes, fruits and etc.Had a good time there. Kat sini belajar bersederhana dalam berbelanja, jangan berlebih-lebihan dan jangan membazir. Membazir kan amalan syaitan.
“Sesungguhnya orang-orang yang boros itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat ingkar kepada Tuhannya.” (Al-Isra’, 17:27)
Alhamdulillah ada sisters yang selalu mengingatkan, beli kalau betul2 perlu ja… sweet kan ukhuwah fillah tu. Saling memperingati dalam apa jua keadaan pun supaya tak terjerumus dalam perkara2 yang Allah tak suka.
Subhanallah! Permandangan kala senja di Melbourne.
Perjalanan kami diteruskan ke sebuah tempat yang digelar DFO (Direct Factory Outlet). Kesabaran kami, jasmani kami, toleransi kami diuji sepanjang perjalanan ke sana.. baru tersedar kepentingan Qawiyyul Jismi (Badan yang Kuat dan Cergas), satu ciri menjadi individu muslim terhebat. Despite all that trouble, kami pulang dengan pelbagai reflection (muhasabah) yang Allah nak ajar supaya menjadi seorang yang lebih kuat ruhi dan jasmani kelak..Aminn.
Sebelum memulakan perjalanan ke Adelaide, kami diuji dengan cab yang tak muncul2 walaupun dah buat tempahan beforehand. Seawal 4 pagi, kami menunggu di luar rumah yang kuncinya telah diberi kepada seorang sister yang telah pergi terlebih dahulu. Masa diisi dengan tahajjud, tilawah, dan hafazan. Alhamdulillah, despite kedinginan di pagi hari, kami berpeluang beribadah luar pada norma biasa. It was a really different feeling at that time. You should try once, solat bersilingkan langit yang dihiasi bintang berkelipan..wahh bermadah la pulak.. tiada kebetulan dalam qada’ dan qadar, Alhamdulillah Allah mengurnikan seorang insan Melayu Muslim yang sudi menghulurkan bantuan untuk membawa kami ke airport. Setibanya di airport, kami dikejutkan dengan flight jetstar yang telah dicancelkan..Huaa,so dapat next flight Qantas yang lambat sejam dari jadual asal. Sekali lagi syukur dipanjatkan buat Ilahi, benarlah ujian dan pertolongan Allah tu datang dari arah yang tak disangka2.
Jika Allah menolong kamu, maka tidak ada yang dapat menalahkanmu, tetapi jika Allah membiarkanmu, maka siapa yang dapat menolongmu setelah itu? Kerana itu, hendaklah kepada Allah saja orang2 mukmin bertawakal.” (Ali ‘Imran, 3:160)
The University of Adelaide, South Australia
Kami disambut ramah di airport Adelaide dan dibawa ke rumah seorang sister yang juga seorang yang baik hati. Sekali lagi kami diberi layanan istimewa, dijamu dengan lauk2 Malaysia yang amat sedap, walaupun baru first time jumpa.. Sweet tak ukhuwwah fillah tu, kalau tak kenal, maka kita taaruf... Jalan2 kat sini ada tour guide (tuan rumah tu sendiri la, hihi). Melawat University of Adelaide yang sangat old school, Central Market dan bandarnya yang sangat relax berbanding dengan Melbourne. Sisters kat situ kata Adelaide ni tempat orang2 tua yang dah retired tinggal for the rest of their lives, sebab tu dia peaceful dan tak busy sangat.
Setinggi2 kesyukuran ku ucapkan buat Allah, ArRahim, Yang Maha Mengasihani, yang mencampakkan rasa kasih dalam hati2 kami sisters fillah. Kami belajar berlapang dada dalam setiap ujian, cabaran yang mendatang, kami belajar untuk saling menasihati kearah menjadi muslim yang lebih baik dan lebih diredai Allah, kami belajar untuk berlumba2 melakukan kebaikan (fastabiqul khairat), kami belajar bercinta kerana Allah kerana kami tahu dasar persahabatan kami adalah keranaNYA dan untuk bersama di syuga nan abadi kelak.. Aminn
"Sungguh, orang2 yang beriman dan mengerjakan kebajikan, kelak (Allah) Yang Maha Pemurah akan menanamkan rasa kasih sayang dalam hati mereka” (Maryam, 19:96)
Alhamdulillah… dengan takdir Allah trip winter break sudah
pun berlalu, tanpa ada banyak halangan dan penuh dengan kenangan manis. Berjaya atau tidak trip itu akan diketahui di akhirat kelak. Adakah perjalanan
kita itu penuh berkah atau sebaliknya, bermanfaat atau sia-sia. Dan
Alhamdulillah di trip itu lah kali pertama-tamanya ana melihat, memegang dan
bergolek-golek di atas salji ^^
Tapi ana rasa terkilan sikitlah, disebabkan
terlalu excited main snow, ana jadi lagha sampai jatuh bergolek dari atas
gunung salji terus menggelungsur ke bawah.
Okay bukan terkilan pasal tu, tapi ana
terkilan sangat sebab ana terlupa nak bersungguh-sungguh nak mentadabbur alam,
padahal Allah dah memberi ana peluang untuk berada dekat dengan suatu keagungan
ciptaan Allah yang jarang-jarang diberi. Bukan setiap hari kita pergi naik
gunung kan? Dan
bukan setiap hari kita naik gunung yang penuh salji kan?
Tapi yang ana pulak terlampau seronok
panjat timbunan salji lepas tu main gelongsor-gelongsor dengan pelbagai gaya bebas: gaya duduk, gaya berbaring dan menggelungsur ke depan sambil depang
tangan gaya
superman. T_T
Sekarang, hari ini, bila ana tengok balik
gambar ketika di Mt Ruapehu betapa ana rasakan bahawa betapa gah nya gunung tu
berdiri. Subhanallah, kukuh dan megah sekali. Siapalah kita berbanding dengan
gunung yang taat itu.Namun dah Allah buatkan satu perumpamaan tentang gunung
untuk kita sama-sama renungkan
“Sekiranya
Kami turunkan Al Quran ini kepada sebuah gunung, pasti kamu akan melihatnya
tunduk terpecah-belah disebabkan takut kepada Allah. Dan
perumpamaan-perumpamaan itu Kami buat untuk manusia agar mereka berfikir” (Al
Hasyr: 21)
Bukan secara tidak sengaja Allah memilih
gunung untuk dibuat perbandingan. Gunung yang besar, kukuh, cantik, gah dan
taat perintah Allah itu dibandingkan dengan kita yang hina, lemah, dan selalu
lalai dari mengingat Allah, sering tidak taat pada perintah Allah. Tetapi Allah
tetap melebihkan kita atas segala makhluk, hatta gunung sekalipun. Bukanlah
gunung dilantik menjadi khalifah, tetapi kita. Subhanallah, gunung sahaja sudah
menjadi inspirasi untuk kita hayati bahawa sebesar sehebat dan se-gah mana pun
kita, kebesaran Allah Taala itu tiada taranya. Apabila gunung sahaja tunduk dan
terpecah kerana takut mendengar perintah Allah, tiada lagi ruang untuk kita
merasa sombong dan angkuh kepada Allah kerana perintah dan amanat yang besar
sebagai khalifah itu jatuh ke atas kita. Al Quran itu turun kepada kita dan
oleh kerana itu ambillah sifat gunung yang kukuh itu untuk kita menguatkan akar
hati mencari jalan takwa. Seperti gunung, berjalanlah di muka bumi Allah dengan
langkah yang teguh sebagai khalifatullah, menebarkan rahmat & kasih sayang
Allah. Dalam pada waktu yang sama, rendahkanlah hati kita untuk patuh kepada
perintah Allah, senantiasa bertasbih dan merasai kekerdilan sebagai hamba
sebagaimana yang dirasai oleh Mt Ruapehu. InshaAllah
Alhamdulillah,Alhamdulillah,Alhamdulillah, All praise is due to Allah for His endless love and mercy, peace and blessing be upon Rasulullah s.aw. KITA Unveiled is officially published! It is a great pleasure first of all to be part of the production behind this blog. Unveiled is one of our initiative in which through this we want to share and exchange experiences, knowledge and understanding of islam. Islam had brought us from a man with confused mind and unsure directions to choose to a man with strong and clear vision and goals in life. The blessing of islam, iman and uncountable nikmat(bliss) from Allah should we use in obedience towards Him, insyaAllah.
“Verily, in the remembrance of Allah do hearts find rest" find rest” (Ar-Ra’d, 13:28)
Every minutes of our life requires purification, reminder and motivation. Let us together reminds and advice one another for the sake of Allah. Our dear readers are welcome to share articles and give opinions or suggestions for improvements.
*This blog will be mainly in Malay,English (and some Arabic) :D
Below is a small introductory from each of Unveiled family members (main writers more like ;)
May Allah purify our intention and guides everything we do, insyaAllah
Assalamualaikum :)
Safiyyah Unveiled
Family of Unveiled :-)
Zinnirah Unveiled
It's a great pleasure to be one of the writers of this lovely blog, Unveiled :)
What is there to unveil..? When there are so many things that obscure our knowledge of the Deen, it is now our obligation to 'unveil' many aspects of this beloved Deenullah, which is ISLAM. For Islam is our faith, which what we hold on, turn and refer to, insyaAllah.
May the effort of creating this blog be a blessed one insyaAllah, for Allah is the Most Merciful, Most Rewarding :)
I am Zinnirah, and I am about to 'unveil' the best of my faith to all of you, soon insyaAllah!! :)
Maryam Unveiled
In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful. I'm not sure if writing here will harm me or will benefit me but I believe that whatever it is, Allah always wants good things for His slave as He is Most Forgiving, Most Rewarding. So let the goodness flow to/in you; humans are born to love kindness <3 InsyaAllah :)
Munawarah Unveiled
Penulisan itu tidak cukup sekadar curahan ilmu dari akal, ianya untaian kata-kata dari hati, bersamanya dihadirkan cinta, jua diselitkan rasa. Di halaman ini, saya nukilkan kata-kata agar kita saling berkongsi rasa, menyemai cinta. Semoga Allah redha dengan sekecil-kecil usaha, inshaAllah.
Khadija Unveiled
Bismillahir-Rahman nir-Rahim, after all those ups and downs, we’re finally able to create this blog! Alhamdulillah! All praise to our Lord, Allah! Yayyy!
With Allah’s will, we sincerely hope that through this blog many eyes can be opened, lots of minds can be widened and uncountable hearts will be touched. (Do make du’a for us okay?)
And lastly, the reason I chose the name Khadija in this blog is to remind myself not to be ordinary. I want to be like Khadija binti Khuwailid. And I pray that reading this blog will benefits us, and motivate us to create great history and not just being part of it, inshaAllah.
Aisyah Unveiled
Alhamdulillah waktu ini, mata kita masih lagi boleh melihat untuk membaca. Kan?
Hidung ini juga masih lagi boleh bernafas menghirup udara. Kan?
Dan tangan ini pula masih lagi boleh menekan butang klik untuk masuk ke dalam laman blog ni. Kan kan kan?
Kalau difikir-fikirkan semula, adakah semuanya berlaku dengan kehendak kita?
Siapa yang cakap, "Ya, apa yang saya sedang buat hari ini adalah kerana effort saya dan kemampuan saya semuanya", Haaaa.. to those yang cakap sebegitu amatlah berbahaye..
Sebabnya kenapa bahaya? Sebabnya..haaaa...meh kita refer Surah An-Nahl ayat 40
"Sesungguhnya firman Kami terhadap sesuatu apabila Kami menghendakinya, Kami hanya mengatakan kepadanya, "Jadilah!" Maka jadilah sesuatu itu" (16:40)
Haaa..nampk tak relation ayat ni dengan kuasa manusia? Ke x nampak?
Takpe takpe, nak katanya kat sini, manusia ni walau macamana hebat pun dia, dia tak akan mampu untuk melawan kekuasaan Allah yang Allah kehendaki atas dia. Walaupun kadang-kadang kita fikir hidup kita ni kita yang control sendiri, harapnya janganlah berbangga diri sebabnya setiap perkara yang berlaku tu, ada Allah disebaliknya. ^^
Okay, till then. To know more about the unveiled association, let's unveil the next entry inshaALLAH.
Al Khansa' Unveiled
Alhamdulillah kerana dengan izin Allah kita masih dapat merasai pelbagai nikmat dan nikmat yg pling besar itu sendiri ialah nikmat iman& islam.Saya percaya dgn nikmat inilah kita masih berada di jalan dakwah dan tarbiyyah ini. Alhamdulillah :)
Harapan sy adalah semoga para pembaca blog ini dapat memanfaatkan ilmu yg diperoleh dengan sebaiknya2. Ayuh! Sama sama kita berusaha untuk meraih redha Allah.
Az zahra Unveiled
Az Zahra, aku pernah terfikir nama ini
dibenakku suatu ketika:
Turun dari boncengan motor abah di waktu
sore itu, azan maghrib akan berkumandang hampir sahaja lagi. Aku terasa malu
mungkin ada mata di masjid pada waktu itu memandang anak gadis abah ini dengan
telekungnya yang kurang kemas bergaya, pada masa yang sama sedikit bangga niat
untuk ‘berubah’ tercapai. Aku yang liat bersembahyang sebelum ini tiba-tiba
terasa perlunya mujahadah menjadi hamba Allah yang taat dan patuh terutama pada
perintah solat, lalu terus berasa teringin untuk ikut berjemaah bersama abah di
masjid jamek kampung yang damai itu.
Kaki sudah memijak ke tanah. Abah pun sudah
menapak anak tangga masjid. Dalam tergopoh gapah entah bagaimana aku terjatuh.
Abah yg terdengar aku mengaduh berpaling dan terus berlari turun dari atas
masjid.
“kakak okay?”
itu adalah tujuh tahun lalu, aku masih berumur 16 tahun.
Yang jelas di ingatan adalah babak abah berlari turun dari tangga masjid dengan
wajah cemas.
Sungguh Allah yg
mengilhamkan jalan fasik dan takwa
Dan abahlah yang
selalu mendorong aku untuk tidak berani ingkar kepada Allah. Apa sahaja perkara
tidak baik yg aku ingin lakukan, aku mengenang bahawa mesti abah akan malu
kerananya. Kerana abah seorang ayah yang garang, aku bukanlah anak yang rapat
atau manja dengannya.
Namun pada senja
itu aku mengenang kasih sayang Fatimah Az Zahra terhadap Rasulullah. Enam bulan
setelah kewafatan baginda, Fatimah yang jatuh sakit kerana terlalu rindu
akhirnya turut menjejaki ayahandanya menghadap Illahi.
Kerana dengan
segala kelemahannya abah tetap mahu mencontohi Rasulullah, aku pada petang itu
berdoa untuk menjadi anak yang sehebat Fatimah az Zahra.
Al-Adawiyah Unveiled
Alhamdulilah..alhamdulillah..alhamdulillah.. Allah memberi kesempatan bagi diri yang kerdil ini untuk mencoret beberapa untaian kata untuk tatapan semua.Sudah lama teringin untuk melarikan jari-jari kat atas keyboard tapi bila start nak tulis ja, datanglah berbagai-bagai perasaan; takut orang tak suka lah, takut apa yang ditulis tu membawa mesej yang buruk lah,etc.Tapi first firman Allah kan ‘Iqra’ means ‘Bacalah’. Mestilah Allah nak suruh baca apa yang telah tertulis dan ditulis kan.Hurmm,pentingnya kehadiran seseorang yang menulis tu kan.
Kat sini nak cerita sikit tentang nama pena yang dipilih,Al-Adawiyah UNVEILED. Kenal tak siapa Rabiah Al-adawiyah? Beliau merupakan seorang wanita mulia yang dilahirkan pada akhir kurun kedua hijrah,di saat masyarakat sudah sikit demi sikit hanyut dalam ‘keindahan’ bunyi-bunyian dan nyanyian yang melampau, beliau tenggelam dalam cinta kepada Rabb yang Agung, Allah azza wa jalla
Satu keistimewaan Rabiatul Adawiyah, beliau menjadi tempat rujukan orang ramai dalam hal2 ketuhanan ini dan tidak segan silu untuk mengeluarkan pendapat jika yakin itu adalah petunjuk daripada Allah.Subhanallah, seorang wanita yang mampu berbuat sebegitu banyak kebaikan, pastinya kita juga mampu kan, saudari2 sekalian.Semoga bertemu lagi di lain lembaran. Salam ukhuwwah =)